Thursday, March 31, 2011

BATUK SAMPAI TERKELUAR ANAK TEKAK

Haa….pernah tak batuk agak-agak sampai rasa nak terkeluar anak tekak? Takut tak? Takut tak? Hahaha…. Tak pun pernah tak korang dengar orang batuk-batuk sampai tahap macam nak terkeluar anak tekak?? Apa korang rasa? Mesti ada rasa macam rimas, macam nak marah sebab rasa macam memekak je bunyi batuk tu kan?

Eh..sebenarnya ada benda nak cerita berkaitan dengan batuk ni. Last week kan aku kena attend lecture dengan lecturer omputih untuk subjek Advanced Analytical Chemistry. Lecturer ni cakap memang sleng omputih tahap berhabuk la kan. Kadang-kadang tu aku rasa macam tengah dengar Mr Bean yang cakap. Hahahaha.. dengan sleng dia yang tak berapa senang sangat nak paham, dengan suara dia yang tak berapa nak lantang, so memang kena pasang kena telinga betul-betul la kan. Pulak tu 3 jam lecture selama dua hari. Memang terbaik la kan!! Tiba-tiba pulak, ada la orang ni yang batuk-batuk tahap petala kelapan punya kot. Yelah…dia ni macam batuk agak tak henti-henti, pulak tu bila batuk dia ni tak ada pun nak cover mulut dia tu guna sapu tangan ke tisu ke bagi terserap sikit tahap frekuensi batuk dia. Jadinya, memang memecah keheningan kelas la bunyi batuk tu. Sampai tenggelam suara lecturer omputih tu. Kawan aku ni dah macam menyirap gak la kan, sebab dia dok nak pahamkan apa yang lecturer omputih tu cakap, tapi terganggu la kan dengan bunyi batuk tu lagi-lagi orang tu memang duduk belakang kitaorang hari tu. Hari kedua pula, dia duduk bahagian depan sekali, lega sikit la telinga kitaorang ni. Tapi tu lah, tetap juga dia batuk-batuk tahap yang sama. Haish…kali ni memang perasan aku ramai gak yang dok pandang-pandang dia, macam bagi signal la suruh buat something dengan batuk dia tu, sampaikan lecturer omputih tu pun ada macam jeling-jeling sikit kat dia.tapi dia buat dek je. Ish.

Aku bukan apa..aku paham batuk tu bukan dibuat-buat atau diminta… tidak kuminta lahir ke dunia… (eh, apa kaitan dengan lagu ni)…mungkin tekak kau memang gatal sangat sampai kau memang tak boleh nak berhenti batuk, tapi at least do something la. Bila nak batuk tu cover mulut sikit, minum air masak banyak-banyak ke bagi lega sikit tekak kau tu, tak pun kau selamba je telan sebotol ubat batuk, biar terus baik. Tapi nanti kalau kau ketagih ubat batuk jangan salahkan aku pulak.

Benda ni lebih kurang la sama konsep dengan entry aku yang ni ----- > klik sini
Bukannya maksud aku kena terlalu pentingkan perasaan orang lain, tapi kita perlu tahu dan pandai sesuaikan diri kita dan apa yang kita buat dengan keadaan sekeliling. Dan, apa yang tulis ni untuk peringatan diri aku sendiri juga. Yelah…mana tahu, kadang-kadang tanpa sedar pun kita boleh buat silap yang sama.

Eh. Ok lah. Sampai di sini sahaja celoteh aku. Haa…nah! Aku tepek sekeping gambar kitaorang dengan lecturer omputih tu.



 Eh?

*tolong vote aku eh. sila klik sini shawl contest

*ada lelong baju juga. sila klik sini lagi baju cantik


*Nota “dee kurus: sekarang aku ada banyak cerita. nanti aku buat entry lain eh.

2 comments:

  1. Hai. Minum madu untuk cepat legakan batuk.

    And budak yg batuk masa lecture tu agak no manners la, patut keluar sekejap ke, cover sket ke.

    anyway, saya dh tlg vote awak. tlg vote saya pula ok. details voting ada dkt blog saya

    ReplyDelete
  2. yup.

    thats rite..patot do something la kan..
    haihhhh..

    ok2...
    i'll vote for u...

    ReplyDelete

silalah memuji..memmberi komen..atau ape saja...
"dee kurus" sangat mengalu-alukan nya... :)