Thursday, April 21, 2011

HAPPY BIRTHDAY ABAH

16-APRIL-2011. Hari lahir abah yang ke-48. Abah yang membesarkan aku, menjaga makan pakai aku dari kecil sampai la sekarang ni. Mendidik dan mengajar aku tentang banyak perkara. sangat banyak jasa abah..sangat2 tak terkira…thanks a lot abah..


By the way..let’s sing along with me…
Happy birthday to you…
Happy birthday to you…
Happy birthday to Abah..
Happy birthday to you…


Sempena birthday ni..aku nak senaraikan 10 perkara tentang beliau yang mungkin orang lain tak tahu…mari baca….. :)
  
1. Beliau adalah orang yang ajar aku bermain badminton..pernah jadi wakil pemain untuk CIMB seluruh negeri Johor. Tapi tak boleh lawan la kot dengan Dato’ Lee Chong Wei.

2. Beliau jugak adalah orang yang ajar aku main bowling..walaupun, masa tu aku mengamuk hentak-hentak kaki sebab tak dapat nak golekkan bola bowling tu dengan betul. Haihhh

3. Abah boleh buat banyak benda. I mean, kalau ada apa-apa kerosakan dalam rumah, he will fix it by himself. Jimat duit. Heee…

4. Abah salah seorang guru tuisyen aku masa sekolah rendah. Bukan maksud aku beliau ada buka pusat tuisyen. Tapi homewok aku semua dia yang semak dan tunjuk ajar. Pernah jugak dia tolong buat draft esei pasal dadah untuk pertandingan tulis esei. Menang wooo….

5. Mak cakap abah tak pernah kata beliau tak ada duit walaupun sebenarnya memang tak ada. Kalau masa tu ada benda yang perlu sangat nak beli, beliau tetap usahakan untuk dapatkannya…

6. Abah adalah orang yang menjaga solat aku. Maksud aku, beliau sangat menitiberatkan soal solat. Kalau sengaja tinggal solat or lewat-lewatkan solat, mesti kena ceramah. Sekarang ni lepas solat maghrib, mesti kena dengar abah baca hadis pasal solat…

7. Abah lebih mengutamakan keperluan anak-anak daripada keperluan diri sendiri. Contohnya waktu nak raya, beliau akan sediakan duit untuk aku adik beradik beli barang-barang raya. Tapi nanti beliau kadang-kadang tak ada beli apa-apa langsung. Katanya yang ada masih boleh guna.

8. Abah sangat mengambil berat pelajaran aku dan adik-adik. Kalau boleh beliau nak suruh aku belajar sampai PhD. Tapi…minta maaflah abah, buat masa ni saya rasa cukuplah setakat MASTER ni dulu…

9. Abah tak merokok. Dan rasanya tak pernah merokok sejak dari beliau muda lagi.

10. Abah masih nampak muda walaupun dah berumur 48 tahun. Bila aku jalan berdua dengan beliau, orang selalu ingatkan beliau adalah abang aku. Tapi paling kelakar kot, orang kata beliau BF aku..


Once again, SELAMAT HARI LAHIR ABAH.
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah.
Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Semoga bahagia di dunia dan di akhirat…

I LOVE U SO MUCH!


*aku dengan adik-adik bagi hadiah kemeja untuk beliau pakai pergi kerja. I feel so happy for seeing him wearing that cloth :)


*Nota “dee kurus: Esok birthday adik lelaki aku….hadiah dah beli semalam…

No comments:

Post a Comment

silalah memuji..memmberi komen..atau ape saja...
"dee kurus" sangat mengalu-alukan nya... :)